Ultrasound 4D/5D

Bersediakah untuk menyaksikan tingkah laku bayi anda yang comel dalam bentuk 4D/5D yang menakjubkan. Di sini kami menawarkan pakej Ultrasound 4D/5D dan 3D biasa, jadi anda boleh memilih pakej Ultrasound yang sesuai dengan bajet anda.

Ultrasound 4D akan memberikan anda gambaran realistik bayi anda dan juga pergerakan aktif bayi anda akan dirakamkan dalam bentuk video clip, berbeza dengan Ultrasound 3D cuma menawarkan imej berbentuk gambar. 

Ultrasound 4D/5D memberikan cara terbaru untuk meraikan kedatangan ahli keluarga baharu anda dengan melihat rupa sebenar bayi di dalam rahim anda.

Dalam masa yang sama, ukuran tumbesaran bayi akan diambil dan dibandingkan dengan usia bayi biasa untuk memastikan bayi membesar dalam keadaan sihat.

Kami juga akan menganggarkan berat bayi, kedudukan dan akan mengesahkan sama ada ia lelaki atau perempuan sekiranya usia kandungan sudah 16 minggu dan ke atas.

Apa yang ada dalam pakej 4D5D ini?

  1. Gambar 3D yang dicetak pada glossy photo paper bersaiz 4R dan A4,
  2. Video clip 4D/5D, dan
  3. Laporan Lengkap tumbesaran bayi, kedudukan dan jumlah air ketuban.

Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.

Leave a ReplyCancel reply

Discover more from RJ Ultrasound

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Exit mobile version