Ultrasound Usia (Dating)

Ketahui dengan tepat usia Janin anda 

Dengan Ultrasound Usia Kehamilan, kami akan mengira usia saiz Janin iaitu dengan mengukur panjang Crown Rump bayi anda (CRL) untuk membantu menentukan umur kehamilan anda dengan tepat.

Mengetahui usia Janin dengan tepat adalah sangat penting untuk memastikan bayi dalam tumbesaran yang sempurna dan menolong mengesan sebarang masalah sepanjang kehamilan anda.

Ultrasound ini selalunya dibuat seawal 8 minggu iaitu tarikh yang paling optimal dalam menentukan usia Janin anda.

Sekiranya Haid anda tidak teratur dan anda tidak sedar yang anda sebenarnya hamil atau gagal mengingati tarikh haid terakhir anda, anda perlukan ultrasound umur ini.

Dalam masa yang sama bilangan degupan jantung Janin akan direkodkan dan kedudukan Janin anda di dalam rahim juga akan dikenal pasti dengan tepat.

Apa yang ada dalam pakej Usia ini?

  1. Laporan terperinci saiz Janin dan degupan jantung
  2. Imej 2D dalam photo paper bersaiz 4R, dan
  3. Video Clip 2D video janin

Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ultrasound ini.

Leave a ReplyCancel reply

Discover more from RJ Ultrasound

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Exit mobile version