
Endometriosis adalah keadaan di mana sel-sel yang secara normalnya berada pada lapisan Rongga Rahim, berada di luar kawasan Rahim. Keadaan ini terjadi kepada 10% daripada populasi wanita dan biasanya ditemui pada wanita berusia 30 atau 40an.
Walau bagaimanapun, ia juga boleh ditemui pada kaum remaja dan wanita lebih muda.
Sekiranya anda mengalami Senggugut yang teruk setiap bulan, anda disarankan menjalani ujian Ultrasound. Ultrasound ini juga disarankan jika anda mempunyai masalah ketidaksuburan dan sakit semasa melakukan hubungan seks dengan suami.
Ultrasound 3D kami dengan teknologi canggih akan dapat melihat dengan jelas sebarang Sista atau ketumbuhan pada Pelvis anda termasuk Fibroid atau masalah ketumbuhan lain pada organ peranakan anda.
Apa yang ada dalam pakej Endometriosis ini?
- Laporan terperinci ukuran Ovari, Endometrium dan saiz Rahim,
- Imej dalam saiz A4, dan
- Ultrasound mengambil masa 10-15 minit.
Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.
Leave a ReplyCancel reply