
Sekiranya anda kerap mengalami Sakit Perut atau Senggugut yang kronik dan anda mungkin mengalami Sista Ovari (Ovarian Cyst). Sista Ovari ialah kantung berisi cecair yang tumbuh dan berasal dari Ovari.
Terdapat beberapa jenis Sista Ovari, ia termasuk:
- Sista Endometriosis,
- Sista Dermoid,
- Sista Cystadenoma,
- Sista Corpus Luteum dan sebagainya.
Ultrasound akan membantu mengesan Sista, kenal pasti jenis Sista atau sebarang ketumbuhan pada sistem peranakan anda yang boleh menjadi punca mengapa anda mengalami kesakitan.
Organ sistem peranakan lain juga akan diperiksa dengan teliti termasuk pada Rahim, Endometrium dan Serviks. Ultrasound melalui Faraj menggunakan teknik 3D akan digunakan untuk memastikan imej yang optimal. Jika anda masih dara, Ultrasound melalui abdomen akan dilakukan.

Apa yang ada melalui pakej Sista Ovari ini?
- Laporan terperinci ukuran Ovari, Endometrium dan saiz Rahim,
- Imej dalam saiz A4, dan
- Ultrasound mengambil masa 10-15 minit.
Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.

Leave a Reply