Kesuburan (Infertility) Scan

Sekiranya anda telah berusaha untuk hamil tapi masih belum berjaya, mungkin anda ingin membuat pemeriksaan Ultrasound terperinci untuk cuba mendapatkan jawapan mengapa anda gagal hamil terutama jika ujian-ujian lain termasuk air mani suami dan salur peranakan mendapati semua normal.

Untuk ujian ultrasound kesuburan ini, kaedah ultrasound yang akan dilakukan adalah secara Transvaginal (melalui Faraj). Ia tidak menyakitkan, tapi anda mungkin berasa sedikit tidak selesa. 

Melalui Ultrasound Faraj, maklumat terperinci tentang saiz Ovari, lapisan Endometrium dan bentuk Rahim akan dapat dilihat. 

Ultrasound menggunakan teknik 3D boleh mengesan dengan lebih jelas terhadap sebarang ketidaknormalan pada rahim yang sukar dilihat pada ultrasound biasa. 

Ultrasound dapat mengira bilangan folikel Antral dalam Ovari anda dan boleh membantu menentukan rizab ovari anda serta mungkin boleh membuat diagnosa terhadap Sindrom Ovari Polikistik (PCOS). 

Apa yang dilihat melalui Ultrasound Kesuburan?

Berikut ialah perkara yang dinilai oleh doktor semasa ujian ultrasound;

Kedudukan dan Kehadiran Organ Peranakan

Ultrasound akan memberikan informasi asas kepada doktor anda tentang gambaran keseluruhan sistem pembiakan anda.

Ia penting kerana segelintir kecil wanita dilahirkan tanpa Ovari atau Rahim. Kadangkala, organ mungkin tidak berada pada posisi yang normal seperti terlalu condong ke belakang.

Ovari

Ovari anda akan dapat dilihat dengan mudah dan perhatian akan diberikan pada saiz dan bentuk Ovari. Terlalu banyak Sista kecil dikaitkan dengan Sindrom Polycystic Ovari (PCOS) dan kehadiran Sista besar mungkin menunjukkan anda ada Endometriosis.

Mengira Folikel Antral

Folikel Antral yang sangat rendah mungkin menunjukkan rizab ovari yang kurang. Kiraan Folikel Antral yang luar biasa tinggi mungkin menunjukkan PCOS.

Rahim

Saiz rahim, bentuk dan kedudukan akan diukur dan direkodkan. Melalui teknik 3D, ketidaknormalan pada rahim seperti Bicornuate atau Septate senang dilihat. Ultrasound juga akan cuba mencari sebarang ketidaknormalan lain, seperti Fibroid, Polip, atau Adenomyosis yang mungkin menghalang kehamilan anda.

Endometrium

Lapisan Rahim iaitu Endometrium akan menebal dan berubah mengikut kitaran haid anda. Ukuran ketebalan Endometrium akan direkodkan. Endometrium sepatutnya nipis sebelum Ovulasi dan tebal selepas Ovulasi.

Fallopio Tiub

Ultrasound tidak dapat mempastikan dengan tepat jika salur peranakan anda tersumbat tetapi jika ia bengkak atau dipenuhi cecair, seperti keadaan yang dipanggil Hydrosalpinx, ultrasound tentu akan dapat mengesan bengkak itu dengan mudah dan jelas.

Perlekatan (Adhesion)

Dengan memberikan sedikit tekanan pada organ pembiakan dengan Transduser Transvaginal, Ultrasound selalunya dapat melihat sama ada organ tersebut bergerak dengan bebas sepertimana yang sepatutnya, atau ia kelihatan melekat antara satu sama lain.

Ovari yang kelihatan melekat antara satu sama lain dipanggil “Ovari Mencium”(Kissing Ovari). Ia kerap terjadi pada mereka yang mengalami Endometriosis,

Perlekatan boleh menghalang organ pembiakan terutamanya Salor Fallopian daripada bebas bergerak dan ini boleh menyukarkan kehamilan terjadi. Perlekatan boleh terbentuk akibat dari jangkitan Pelvis sebelumnya atau daripada Endometriosis.

Apa yang ada melalui pakej Kesuburan scan ini?

  1. Laporan terperinci ukuran Ovari, Endometrium dan saiz Rahim,
  2. Imej dalam Saiz A4

Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.

Leave a Reply

Discover more from RJ Ultrasound

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading