Ultrasound Jantina

Adakah anda teruja untuk mengetahui sama ada anda akan mempunyai bayi lelaki atau perempuan? Tahukah anda jantina bayi boleh ditentukan seawal 14 minggu?

Kami boleh menjadikan detik itu lebih istimewa dengan pakej Ultrasound Jantina kami.

Kami boleh menentukan jantina bayi anda dengan ketepatan 95%. Perlu diingatkan bahawa tiada Ultrasound boleh memberikan pengesahan 100% terutama jika bayi masih kecil atau kedudukan bayi terlalu padat di lewat kehamilan. Ini boleh memberikan kegagalan untuk mendapat sudut Ultrasound yang baik seterusnya jenis jantina yang tepat sukar diperolehi.

Untuk membantu keputusan setepat mungkin, kami mungkin meminta anda berjalan-jalan supaya kedudukan bayi beralih ke posisi yang berbeza jika kami tidak yakin 100%.

Sekiranya kami masih lagi kurang yakin, ulangan Ultrasound akan dibuat pada hari yang lain dan diberikan secara percuma.

Apa yang ada dalam pakej Jantina ini?

  1. Gambar 2D yang dicetak pada glossy photo paper bersaiz 4R,
  2. Video clip 2D, dan
  3. Laporan Lengkap tumbesaran bayi, kedudukan dan jumlah air ketuban.

Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.

Leave a Reply

Discover more from RJ Ultrasound

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading