
Ultrasound Fibroid disarankan jika anda mensyaki atau doktor anda mungkin mensyaki yang anda menghidap Fibroid. Fibroid adalah ketumbuhan Bukan Kanser yang boleh berkembang di dalam dan sekitar Rahim.
Menurut kajian, satu dalam 4 orang wanita didapati mengalami Fibroid dan ia kerap terjadi di kalangan wanita lewat 20 dan 30’an
Terdapat empat (4) jenis Fibroid yang ada dan jenisnya bergantung kepada tempat di mana ia hidup dan membesar dalam rahim iaitu;
- Intramural Fibroid Rahim (paling kerap) – terdapat pada Otot Rahim,
- Subserosal Fibroid – Fibroid yang hidup pada Sisi Rahim,
- Submucosal Fibroid pula adalah Fibroid yang hidup pada Rongga Rahim, dan
- Pedunculated Fibroid yang bertangkai.
Sekiranya anda mengalami masalah atau gejala sebegini, iaitu;
- Haid yang banyak dan Senggugut – mungkin anda ada Submucosal Fibroid
- Perut Buncit- mungkin anda ada Subserosal atau Pedunculated Fibroid jika ia susah terlalu besar.
Ujian Ultrasound menggunakan teknologi 3D yang canggih akan dapat menentukan jenis dan kedudukan Fibroid anda dan seterusnya akan dapat menolong memberikan rawatan yang sepatutnya.
Apa yang ada dalam pakej ini?
- Laporan terperinci ukuran Endometrium,Ovari dan saiz Rahim,
- Imej dalam Saiz A4, dan
- Ultrasound mengambil masa 10-15 minit.
Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.

Leave a Reply