
Mungkin anda ditegur yang perut anda bersaiz kecil atau besar dari usia kandungan atau bidan anda mungkin memberikan komen yang bayi anda kecil dari yang sepatutnya dan ini boleh memberikan kebimbangan pada anda.
Atau, anda mengalami penyakit Darah Tinggi atau Kencing Manis yang boleh mempengaruhi ketumbuhan bayi anda, mungkin anda ingin menjalani ujian Ultrasound ini.
Semasa Growth Scan ini, pelbagai ukuran diambil seperti saiz kepala bayi, saiz perut dan serta panjang tulang paha. Hasil ukuran diplot pada carta pertumbuhan, mengikut bilangan minggu kehamilan anda.
Anggaran Berat Bayi (EFW) boleh dikira dengan menggabungkan ukuran di atas. EFW boleh diplot pada graf untuk membantu menentukan sama ada Janin adalah sederhana, lebih besar atau lebih kecil saiznya mengikut usia kehamilan. Ini akan mengenal pasti sebarang pertumbuhan normal atau tidak normal dengan senang.
Ujian Doppler juga akan dibuat dan diberikan secara percuma.
Apa yang ada dalam pakej Tumbesaran ini?
- Laporan terperinci termasuk tumbesaran, kedudukan bayi dan jumlah air ketuban.
- Imej 2D
Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.
Leave a ReplyCancel reply