
Sekiranya anda mengalami Senggugut yang teruk dan Haid yang banyak setiap bulan, mungkin anda mengalami Adenomyosis.
Berbeza dengan Fibroid, Adenomyosis berpunca dari sel-sel Endometrium yang tumbuh di dalam Otot Rahim. Apabila berlaku Haid, pendarahan juga berlaku pada Otot Rahim yang menyebabkan kesakitan haid yang ketara. Lama kelamaan Rahim menjadi bengkak dan kebengkakan ini akan dapat dikesan dengan menggunakan Ultrasound.
Sekiranya Senggugut merupakan masalah utama anda, anda disarankan menjalani Ujian Ultrasound. Ultrasound Faraj menggunakan teknik 3D akan dapat memberikan Diagnosa Optimal. Ia akan dapat dilihat dengan jelas sebarang ketidaknormalan lain pada Ovari dan sekitar Pelvis anda.
Apa yang ada dalam pakej Adenomyosis ini?
- Laporan terperinci ukuran saiz Rahim, Endometrium dan Ovari,
- Imej dalam saiz A4.
Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.
Leave a ReplyCancel reply