Saringan Kelahiran Awal

Panjang Serviks merujuk kepada panjang pangkal rahim anda. Semasa hamil, panjang Serviks mungkin memendek terlalu awal dan ini meningkatkan risiko Kelahiran Pramatang. 

Kelahiran Pramatang ialah kelahiran yang terjadi di antara 22 minggu dan 36 minggu kehamilan. Lebih awal Kelahiran Pramatang berlaku, lebih besar risiko yang akan dihadapi oleh bayi anda.

Sebelum kehamilan, Serviks anda iaitu organ pada bahagian bawah Rahim yang bersambung dengan Faraj – tertutup, panjang dan pejal. Semasa mengandung, Serviks anda akan beransur-ansur menjadi lembut. 

Apabila badan anda bersedia untuk bersalin, Serviks menjadi lebih pendek dan akhirnya terbuka semasa anda bersedia untuk melahirkan anak. Jika Serviks anda mula terbuka sebelum 37 minggu, anda akan bersalin secara Pramatang.

Pengukuran panjang Serviks disyorkan jika anda mengalami tanda-tanda dan gejala Kelahiran Pramatang seperti kontraksi yang kerap atau semakin kerap, sakit pinggang yang berterusan, keputihan yang banyak atau rasa tekanan pada Pelvis. 

Jika panjang Serviks anda kurang daripada 25mm, anda mungkin berisiko mendapat Kelahiran Pramatang.

Apa yang ada dalam pakej Premature Birth ini?

  1. Laporan dan imej terperinci panjang pakal rahim anda, dan
  2. Laporan Lengkap tumbesaran bayi, kedudukan bayi dan jumlah air ketuban anda.

Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imbasan ini.

Leave a ReplyCancel reply

Discover more from RJ Ultrasound

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Exit mobile version