Sakit Puan

Fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan Bukan Kanser yang boleh berkembang di dalam dan sekitar Rahim dan ia kerap terjadi di kalangan wanita lewat 20 dan 30’an

Endometriosis

Endometriosis adalah keadaan di mana sel-sel yang secara normalnya berada pada lapisan Rongga Rahim, berada di luar kawasan Rahim seperti ovari dan sekitar pelvis.

Sista Ovari

Sekiranya anda kerap mengalami Sakit Perut atau Senggugut yang kronik, anda mungkin mengalami Sista Ovari iaitu kantung berisi cecair yang tumbuh dan berasal dari Ovari

Infertilti

Sekiranya anda telah berusaha untuk hamil tapi masih belum berjaya, mungkin anda ingin membuat pemeriksaan Ultrasound terperinci untuk cuba mendapatkan jawapan mengapa anda gagal hamil

PCOS

Sekiranya anda mengalami haid yang tidak teratur, ada kemungkinan anda menghadapi Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), iaitu masalah ketidaknormalan pada hormon anda.

Adenomyosis

Sekiranya anda mengalami Senggugut yang teruk dan Haid yang banyak setiap bulan, mungkin anda mengalami Adenomyosis.Adenomyosis berpunca dari sel-sel Endometrium yang tumbuh di dalam Otot Rahim

Menopos

Menopos boleh menyebabkan banyak gejala yang merunsingkan seperti haid tidak teratur, badan rasa panas, menggigil, berpeluh pada waktu malam, perubahan mood dan penambahan berat badan.

Follikel

Folikel ialah kantung berisi cecair yang mengandungi telur. Ultrasound perlu dijalankan untuk mengesan Folikel (Follicular Tracking) dilakukan dari 6 hingga 12 hari kitaran haid anda untuk membantu sama ada anda bakal subur atau tidak.

Masalah Haid

Sekiranya anda mengalami pendarahan Faraj tidak normal seperti; Haid yang banyak, Had yang berpanjangan, Berdarah selepas hubungan seks, anda mungkin perlu menjalani ujian ultrasound yang lebih terperinci

Sengugut

Sekiranya anda mengalami Senggugut yang luar biasa dan perlukan ubat penahan sakit setiap kali datang haid, anda mungkin perlu menjalani ujian ultrasound.

Endometrium

Sekiranya anda mengalami pendarahan Faraj tidak normal seperti; Haid yang banyak, Had yang berpanjangan, Berdarah selepas hubungan seks, anda mungkin perlu menjalani ujian ultrasound yang lebih terperinci

Hysteroscopy

Hysteroscopy adalah cara untuk doktor melihat lapisan dalam rahim dengan mengunakan satu alat khas yang mempunyai berkamera kecil dihujungnya. Ia adalah prosedur kecil yang membolehkan pesakit pulang dalam hari yang sama.

Untuk Maklumat Lanjut