
Nuchal Translucency (NT) ialah pengumpulan cecair yang ada di bawah kulit pada belakang leher bayi. Ultrasound NT ini menggunakan teknologi Ultrasound 2D dan dibuat apabila Janin anda berusia antara 11 dan 14 minggu atau berukuran antara 45mm dan 84mm.
Semua bayi mempunyai sedikit cecair, tetapi kebanyakan bayi dengan Sindrom Down mempunyai jumlah air yang banyak.
Tidak kira umur anda, anda berisiko untuk mempunyai bayi dengan Sindrom Down. Jika anda hamil pada usia 35 tahun ke atas, risiko untuk mendapat bayi Sindrom Down menjadi lebih tinggi. Ultrasound NT dapat memberikan idea samada anda berisiko dan akan membantu anda memutuskan sama ada anda perlu menjalani Ujian Amniosentesis atau tidak.
Limitasi ujian NT
Ujian Ultrasound NT cuma memberikan ketepatan antara 60-70% sahaja. Ia adalah Ujian Saringan bukan Diagnosa.
Apa yang ada dalam pakej NT ini?
- Laporan terperinci Nuchal Translucency (NT), saiz Janin dan degupan jantung,
- Imej 2D dalam photo paper bersaiz 4R, dan
- Video Clip 2D video Janin.
Tempah sekarang melalui WhatsApp atau e-mel admin@rjultrasound.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ultrasound ini.
Leave a ReplyCancel reply